Harga Mampu Milik - Perodua menawarkan harga yang mampu dimiliki oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia dimana harga ini adalah lebih rendah dibandingkan harga-harga kereta dari syarikat pengeluar kereta yang lain
Mudah Trade-In - Anda boleh menjual semula kereta Perodua kepada kami dan menukar kepada kereta Perodua baru yang lain dengan sangat mudah.
Selamat di Pandu - Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, namun Perodua tidak mengabaikan aspek keselamatan pemandu dan penumpangnya. Buktinya, Perodua telah dianugerahkan 5 bintang oleh Asean NCAP Safety.
Pusat Servis Mudah Didapati - Pusat Jualan & Servis Perodua boleh didapati di seluruh negara. Malah, ia juga didapati di sebahagian bandar kecil. Maka, tidak sukar untuk anda mendapatkan perkhidmatan selepas jualan.
Syarikat Pengeluar Kereta Terkenal - Perodua telah berada di pasaran Malaysia sejak dari tahun 1993 dan kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia sehingga sekarang. Malah, telah berjaya menembusi pasaran enam negara, termasuk United Kingdom.
Kereta Berteknologi Tinggi - Kereta Perodua dibangunkan dengan menggunakan teknologi pintar dan terkini. Enjinnya direka untuk pemanduan yang sempurna, pantas, dan yang paling menyeronokkan - ia benar-benar menjimatkan minyak!